Thursday, April 2, 2009

suda-sudah berpolitik..

mat rasa hampir setiap hari mat tengok manusia politik bertekak sesama sendiri. mat tak nak lagi bagi ungkapan macam anjing dengan kucing.. lapok dah.. tak post-modern la macam ni.. macam israel denga palestin jer. mat tengok tak ada satu pun yang kita boleh setujui. apa orang lain buat semua tak betul. apa yang kita buat semua betul. mat tak faham manusia politik macam ni. tak kira la dari mana pun. yang dalam kerajaan ( orang- orang BN) sumer rasa diorang bagus. yang dalam barisan pakatan ni pun sama gak. sumer rasa mereka ni bagus. macam nilah keadaan dunia politik negara kita sekarang. kelam kabut dan kecoh.

tak boleh ker kita bersatu hati untuk kebajikan rakyat?? politik- politik la.. apa yang rakyat minta tolong la laksanakan dengan ketepikan kepentingan politik kita. mat tahu.. memang senang untuk mat cakap suh berkerjasama.. tapi kalu manusia politik ni sedar akan tugas mereka, rasa benda kecoh- kecoh camni akan jadi ker? kalu ada kesedaran atas tanggungjawab diorang akan bertekak ker? ideologi tu simpanla masa perjuangan nak meraih sokongan. susah ker? kalu ada orang cakap perjuangan berbeza.. memang!!

memang berbeza.. tapi tak ada ker satu kata setuju untuk kebajikan rakyat? kerajaan buat untuk kebajikan rakyat dihentam oleh pembangkang. pembangkang bagi idea haram mampus tak boleh terima. mat dulu suka baca buku falsafah gak.. falsafah sekarangkan telah berkembang dari idea kepada sesuatu pragmatik.. jadi jangan ada orang kata mat terlalu idealis..

mat sedih sebab negara kita belum maju, dan lagi sedih ada orang kita nak ikut demokrasi cara barat. sedangkan kita masih belum bersedia. demokrasi cara barat sesuai untuk barat. mereka dah mencapai status negara bangsa dah lama, sedangkan malaysia belum pun lagi. mereka dah maju, kejayaan mereka boleh dibanggakan, kehidupan rakyat mereka baik dan teratur. kita masih membangun. rakyat kita ramai yang miskin.. ditambah dengan ada sekolah yang masih belum ada air paip dan elektrik.

kita nak amalkan demokrasi yang memporakperandakan kenapa? kita nak ikut negara lain tukar kerajaan macam tukar baju? thailand contohnya. kita suka ker nak tukar perdana menteri setiap tahun? macam mana pembangunan nak berjalan? tak suka kita tukar selera, macam mana hak rakyat yang memilih setiap lima tahun. nak tepi k? kita lupa apa yang diminta oleh rakyat kerana nak bercakaran jer.

mat paling sakit hati, ada antara mereka yagn cuba mula permainkan isu sensitif. nak tunjuk yang mereka ni juara bagi kaum mereka. mat lagi pelik apabila ahli politk melayu sendiri diam diri. apabila seorang ADUN berkata DEB macam dasar apartheid yang diamalkan oleh afrika selatan. mana orang melayu dalam pembangkang? mereka mengambil sikap diam dan setuju dengan kenyataan tu?

semua serba tak kena, disebabkan politik kita telan sumer apa yang orang lain buat. walaupun membabitkan bangsa melayu? sumer orang cakap sekarang tak ada lagi parti politk perkauman..
mat tak setuju.. bukan tak ada lagi.. tapi itu satu permulaan. cuba tengok, mana ahli politik selain melayu cuba bela nasib kaum melayu? sedangkan mereka tahu kenyataan orang melayu jauh ketinggalan. terutama ekonomi. kuasa politik yang diwarisi semakin berkurang akibat perpecahan. hanya orang melayu macam anwar ibrahim yang beria- ria berjuang nasib semua kaum. bagus dia ada poendekatan baru. dia bawa dimensi baru. tapi jangan apa orang lain cakap buruk pasal kita, kita telan..


mat- pikir-pikir la...

No comments:

Post a Comment