Tuesday, March 31, 2009

PPSMI dan politik..

hehehahahahhuh huhhuhhhaha!!

mat tergelak bila dengar seorang menteri ni cakap, knpa baru sekrang nak pertikaikan PPSMI ni.. mat nak cakap menteri memang tak ambil tahu apa yang orang lain perjuangankan pasal benda ni. mungkin dia wat tak tau jer bila orang bercakap- cakap, berhimpun kecil- kecil. kat mana la dia letakkan sikap ambil berat dia terhadap isu ni. statement yang kurang bijak bila bercakap macam tu.

menteri ni tak sedar ker yang dah lama orang tak setuju dengan PPSMI ni.

huhuh!!! booommmmMM!

tak da otak ker??!! nampak sangat menteri ni tak peka dengan keadaan sekeliling. kalu menteri ni cakap knpa tak masa mula PPSMI ni di laksanakan di tentang kenapa baru sekarang, mat nak tanya dia.. masa PPSMI ni dibuat ade ker tanya kepada pakar bahasa? ada buat kajian? ada buat perbincangan dengan orang yang lebih ilmiah atau arif? tup tup nahhh!! keluar PPSMI yang dilaksanakan tanpa kajian terperinci.

ini isu bahasa dan isu bangsa wahai menteri.. mat nak cakap lebih nanti takut lari tujuan asal tulisan ni. tapi mat sedih sangat tengok budak- budak sekolah jadi bahan uji kaji dasar ni.. dah berapa tahun dah guna dasar ni. belajar dalam bm pun masih merangkak inikan pula dalam bi. mat bukan nak perkecil bangsa malaysia, tapi mat lihat kepada keadaan realiti. tun mahathir kata sains dan math adlah subjek yang sentiasa berkembang. jadi mesti diajar dalam bahasa inggeris.

apa ni... saya hormat tun, tapi tak sumer benda tun buat itu betul tun. mat tak nafikan yang kita banyak alih bahasa dari perkataan inggeris. sebab dalam bahasa melayu takder perkataan tu. nak alih- alihla.. tapi kenapa perliu ditukar?? bahasa inggeris pun banyak amik perkataan dari bahasa greek. dan kita amik dari mereka.. itu tak salah. alih bahasa sudah memadai.. dalam falsafah bahasa, makna itu satu perkara yang penting.. bila ditukar dalam BM perkataan itu tak ada maksud ker? takkanla DBP amik perkataan tapi tak memberi maksud? mustahilkan? setiap perkataan ada maksudnya... jadi kenapa perlu ditukar ke bahasa inggeris. mana silapnya kita? kita terlalu kejar untuk jadi negara maju sehingga jauh melangkah.. jelas dengan ungkapan "infrastruktur kelas pertama, pemikiran kelas ketiga".

dalam skop yang lebih besar, penyebaran ilmu itu penting dengan menggunakan bahasa ibunda.. mat bukan nak banding2 dengan negara lain.. tapi kita patut belajar daripada sejarah. banyak negara yang berjaya dengan bahasa mereka. jepun.. sampai sekarang masih ada menteri yang guna setiausaha untuk alih bahasa kalu komunikasi dalam bahasa inggeris. banyak lagi negara yang maju dengan bahasa sndiri. orang inggeris pun, maju dengan bahasa mereka sendiri.. bahasa melayu bahasa keempat terbesar didunia. dahulu tak ada masalah pun orang malaysia tak boleh survive di luar. pembangunan yang kita kecapi, ada ker PPSMI dilaksanakan masa tu?

betul ahli falsafah cakap, untuk jadi pemimpin kita tak boleh terlalu tinggi dan terlalu rendah. kalu tinggi kita tak dapat lihat apa yg ada dibawah, dan bila terlalu rendah kita tak mampu untuk lihat yang diatas.. menteri- menteri kebanyakkan xkan antar anak kesekolah harian biasa. dah tentu sekolah antarabangsa di kuala lumpur tu, atau di luar negara. mat faham mungkin atas faktor keselamatan anak mereka.. tapi sampai tak melihat ramai anak bangsa di bawah.

lagi mat sakit hati apabila menteri ni cakap GMP ni dibelakangi oleh pembangkang.. unsur politik. mat tak rasa sumer ni ada dalam GMP. menteri tu kena faham.. GMP ni berjuang untuk bahasa kita, untuk bangsa malaysia kita terutama bangsa melayu yang jauh ketinggalan semua aspek. bila isu ini menjadi isu rakyat, secara tak langsung pembangkang akan duduk atas angin dengan mainkan isu ni. dasar GMP tidak langsung berkaitan politik. memang segelintir masa perhimpunan besar besaran tu ada dari pembangkang.. biasala politik ambil kesmpatan dari isu ini. sama juga kalu pembangkang berada dipihak menteri dan menteri jadi pembangkang. benda sama pasti menteri akan buat. kenapa isu seperti ini dipolitikkan oleh menteri ni. mat tak faham langsung. sepatutnbya berhadapan untuk raih sokongan kalu dah tahu BN semakin tidak mendapat tempat. bila pembangkang dah memenangi hati rakyat baru kerajaab terhegeh- hegeh berhujah, pada mas tu tak guna lgi la bang menteri..

isu ini dipolitikkan, mat sedih.. mat pun bangga kalu ada orang politk terlibat, sekurang- kurangnya menunjukkan keprihatinan mereka.. mat hampir nak kena gas pemedih mata masa perhimpuanan tu. arahan dikeluarkan bahawa perhimpuan diharamkan.. hnya boleh kumpul di masjid. tindakan macam ni tak makan saman kepada pejuang seperti mereka. semakin kasar, kasar lagi balasan akan dibuat. perhimpuanan politik pun tak boleh buat, takkan perhimpunan isu rakyat macam ni pun tak boleh buat?? apa yang boleh buat? pehimpuanan oleh kerajaan. bila di halang lepas tu tanya kenapa tidak dar dulu.

mat rasa isu ni akan dimainkan oleh pembangkang nanti kalu dah tak der isu sangat.. orang- orang kampung terutama melayu ni senang percaya pada orang. bila politik ni pusing- pusing dah menimbulkan kebencian... jadi bakal hancurla BN nanti.. mat tak yakin pakatan dapat tadbir dengan baik kalu dpat memerintah malaysia. mat pun tak yakin dengan anwar yang gila kuasa tu.. orang melayu yang lantang bidas hak melayu tuk jadi PM.. dan mat tak yakin bn akan kekal memerintah kalu pemimpin ni terlalu sombong dan tak dengar apa yang rakyat katakan. amik contoh pembangkang macam mana mereka dekati gologan muda..

mat- teringat plak camner mat dekati golongan awek ni.

sultan selangor murka???

pada 6mac lalu, mat pegi ke perasmian Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz di Petaling jaya, sultan selangor murka dengan segelintir orang melayu yang bersuara lantang ini.. lantang bukan memperjuangkan kebajikan rakyat malaysia. tetapi lantang mempersoalkan kedudukan orang melayu dan raja melayu. mat terkejut bila dengar ucapan baginda.

mat sempat catitkan, baginda bertitah " yang lebih menyedihkan beta, suara lantang ini datangnya daripada orang melayu yang biadab, tidak berbudi bahasa dan tidak berasa segan atau malu"

ahahahhhaaaaaaaa.... mat nak nangis..

mat berasa sedih dan marah, memang ada dikalangan orang melayu buat macam tu, mereka dah tak tak nampak apa orang lain kata. jaguh sangat ker mereka ni? hebat sangat ker dalam memperjuangkan nasib orang melayu sendiri? golongan macam ni la yang lantang sekali mempersoalkan hak istimewa orang melayu yang dilindungi oleh perlembagaan. mat tak berani kata ini pengkhianat. nampak macam teruk. mat cuma harap golongan jenis macam ni tolongla sedar balik. sehingga institusi beraja dipolitikan. apa cerita pun mat tak tau.

baginda jga bertitah masa tu bahawa ungkapan "takkan melayu hilang di dunia" tak der maknanya lagi.. disebabkan orang melayu yang kucar- kacir sekarang. apala guna titak baginda kalau orang melayu kekal di dunia "jika orang melayu itu tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermain dan diperalatkan".

mat pelikla... takkanla sebab pengaruh globalisasi menjadikan orang melayu yang diasuh dari kecil dengan landasan adat istiadat dan sopan santun, hormat menghormati bermuafakat hilang macam tu jer. mat tak rasa hilangnya melayu di Malaysia, tetapi hilangnya melayu dalam jiwa.

tak salah mat cakap, walaupun mat tahu ada orang yang sangat marah bila mat ungkapkan ni. orang melayu dah semakin biadap kerana gilakan kuasa. dak tahu membezakan yang mana betul dan yang mana salah. orang melayu jenis ni dah mla ikut telunjuk orang lain untuk popular dan kekal kuasa. mereka ni la yang akan buat orang melayu hancur lebur dan rosakkan bangsa.

apa nak jadi dengan bangsa melayu, belum pun kuat dari semua aspek dah sombong dan angkuh dan dah mula nak tolak bangsa sendiri. masa depan nanti agak-agaknya nilai apa yang ada orang melayu sebelum ni untuk anak cucu masa depan.

mat- nilai bergotong royang pun tinggal sikit jer.

DAP bantu rakyat miskin..

haha!!!! hAhahHAAhh!!

macam tukar tiub plak mat ni..
isu kali ni mat tak tahu nak marah atau sedih, bila baca berita tentang cara DAP nak bantu orang miskin dengan jual akhbar "rocket". khabarnya lidah rasmi parti tu akan jual kepada orang- orang miskin ni dengan harga RM1.00 dan kepada orang biasa RM2.00. jadi dapat untung seringgit!!

huuuUUikKKkkKKssSS???? mungkin cara bantu dengan jual akhbar murah!
tergelak pun ada mat tahu berita ni.

kononya nak bantu miskin tegar, dengan cara tu akan bantu mereka tambah pendapatan.. mungkin orang miskin ni tak beli lagi paper kosmo ker.. metro k..

mat tak tahu la.. kebingungngan jugak ni, mungkin DAP tak ada cara lain dah nak bantu rakyat yang susah ni. segala pakar ekonomi mereka ni dah abis idea nak cari jalan tolong orang miskin tegar ni.

pelik betul mat, mana pegi bijak pandai yang bersengkongkol dengan DAP. takkan tak ada idea lain yang lebih bernas? takkanla tak boleh pikir program yang lebih munasabah nak tolong orang susah. adakah dengan jual akhbar "rocket" dapat bantu golongan miskin ni.

yang paling besar, mat tertanya rancangan kerajaan DAP Penang nak tolong orang susah. kan masih banyak orang miskin kat pulau tu. kenapa tak rangka jer program besar- besaran untuk angkat golongan ni keluar dari kemiskinan.??

lagi satu.. mat rasa rancangan ni lebih kurang macam sindiket yang gunakan kanak- kanak dan orang tua untuk minta sedekah dijalanan. sindiket ni guna mereka untuk orang meraih simpati dengan mereka. takkanlah DAP nuat taktik tu kot.... hehehahehehaerhehahahehrhahhah!!!!

orang yang tak tahu paper jadi alat untuk DAP sebarkan dakyahnya.. sumer permainan politik jer ni..

inikah cara DAP basmi kemiskinan rakyat.????

nak tolong sangat bagi jer percuma kan?

mat- jangan buat bungkus nasi lemak.. kertas karbon tak elok.

mat tak suka ahli politik

mat tak suka ahli politik yang suka main- main ni..
bukan setakat dalam kerajaan malah dalam pakatan pun ada jenis ni

yang tahu hanya nak cari populariti.... Nak raih Undi dengan cara tak elok!!
ini akan jadi budaya, lama rakayat akan tertipu!

nak bilang hanya berapa kerat jer yang bagus ahli politik ni!

zaaaasss!!! mat tak kisah mereka nak sertai BN atau pakatan, itu pilihan dan cara mereka untuk menjaga dan berjuang untuk rakyat!! tapi jangan la sampai hilang moral dalam berpolitik!!

memang orang cakap politik ni dah kotor.. tapi bagaimana?? kotor hanya dengan cara.. jadi??
jaga kebajikan rakyat dikawasan kita yang penting!!

cakap sana sini.. pung pang!! tapi rakyat tak menikmati apa yang dilakukan oleh orang yang mereka pilih!!

mat- londeh seluar baru tau!

mat sakit hati

mat sakit hati sebenarnya, bila mat punya blog ada orang curi maklumat, abis sumer ID yang mat guna di curi.. spyware yang jahat ni.. aduSSss!!!

tak tahu nak buat macam mana lagi kan.. jadi mat terpaksa buat blog lain!!
mat tak suka dengki dengan orang lain, tapi bila jadi macam ni, mat rasa mula nak buat jahat.
tak apa.. nak cari spyware ni susah. makhluk mana yang antar pun kita tak dapat cari. jadi mat terpaksa buat lain!!

bila buka pun tak boleh nak view! page pun tak keluar!! dan web address pun kena tukar!!!
mat sakit hatiiii!!!!

mat- tak apa- tak apa....