Tuesday, March 31, 2009

PPSMI dan politik..

hehehahahahhuh huhhuhhhaha!!

mat tergelak bila dengar seorang menteri ni cakap, knpa baru sekrang nak pertikaikan PPSMI ni.. mat nak cakap menteri memang tak ambil tahu apa yang orang lain perjuangankan pasal benda ni. mungkin dia wat tak tau jer bila orang bercakap- cakap, berhimpun kecil- kecil. kat mana la dia letakkan sikap ambil berat dia terhadap isu ni. statement yang kurang bijak bila bercakap macam tu.

menteri ni tak sedar ker yang dah lama orang tak setuju dengan PPSMI ni.

huhuh!!! booommmmMM!

tak da otak ker??!! nampak sangat menteri ni tak peka dengan keadaan sekeliling. kalu menteri ni cakap knpa tak masa mula PPSMI ni di laksanakan di tentang kenapa baru sekarang, mat nak tanya dia.. masa PPSMI ni dibuat ade ker tanya kepada pakar bahasa? ada buat kajian? ada buat perbincangan dengan orang yang lebih ilmiah atau arif? tup tup nahhh!! keluar PPSMI yang dilaksanakan tanpa kajian terperinci.

ini isu bahasa dan isu bangsa wahai menteri.. mat nak cakap lebih nanti takut lari tujuan asal tulisan ni. tapi mat sedih sangat tengok budak- budak sekolah jadi bahan uji kaji dasar ni.. dah berapa tahun dah guna dasar ni. belajar dalam bm pun masih merangkak inikan pula dalam bi. mat bukan nak perkecil bangsa malaysia, tapi mat lihat kepada keadaan realiti. tun mahathir kata sains dan math adlah subjek yang sentiasa berkembang. jadi mesti diajar dalam bahasa inggeris.

apa ni... saya hormat tun, tapi tak sumer benda tun buat itu betul tun. mat tak nafikan yang kita banyak alih bahasa dari perkataan inggeris. sebab dalam bahasa melayu takder perkataan tu. nak alih- alihla.. tapi kenapa perliu ditukar?? bahasa inggeris pun banyak amik perkataan dari bahasa greek. dan kita amik dari mereka.. itu tak salah. alih bahasa sudah memadai.. dalam falsafah bahasa, makna itu satu perkara yang penting.. bila ditukar dalam BM perkataan itu tak ada maksud ker? takkanla DBP amik perkataan tapi tak memberi maksud? mustahilkan? setiap perkataan ada maksudnya... jadi kenapa perlu ditukar ke bahasa inggeris. mana silapnya kita? kita terlalu kejar untuk jadi negara maju sehingga jauh melangkah.. jelas dengan ungkapan "infrastruktur kelas pertama, pemikiran kelas ketiga".

dalam skop yang lebih besar, penyebaran ilmu itu penting dengan menggunakan bahasa ibunda.. mat bukan nak banding2 dengan negara lain.. tapi kita patut belajar daripada sejarah. banyak negara yang berjaya dengan bahasa mereka. jepun.. sampai sekarang masih ada menteri yang guna setiausaha untuk alih bahasa kalu komunikasi dalam bahasa inggeris. banyak lagi negara yang maju dengan bahasa sndiri. orang inggeris pun, maju dengan bahasa mereka sendiri.. bahasa melayu bahasa keempat terbesar didunia. dahulu tak ada masalah pun orang malaysia tak boleh survive di luar. pembangunan yang kita kecapi, ada ker PPSMI dilaksanakan masa tu?

betul ahli falsafah cakap, untuk jadi pemimpin kita tak boleh terlalu tinggi dan terlalu rendah. kalu tinggi kita tak dapat lihat apa yg ada dibawah, dan bila terlalu rendah kita tak mampu untuk lihat yang diatas.. menteri- menteri kebanyakkan xkan antar anak kesekolah harian biasa. dah tentu sekolah antarabangsa di kuala lumpur tu, atau di luar negara. mat faham mungkin atas faktor keselamatan anak mereka.. tapi sampai tak melihat ramai anak bangsa di bawah.

lagi mat sakit hati apabila menteri ni cakap GMP ni dibelakangi oleh pembangkang.. unsur politik. mat tak rasa sumer ni ada dalam GMP. menteri tu kena faham.. GMP ni berjuang untuk bahasa kita, untuk bangsa malaysia kita terutama bangsa melayu yang jauh ketinggalan semua aspek. bila isu ini menjadi isu rakyat, secara tak langsung pembangkang akan duduk atas angin dengan mainkan isu ni. dasar GMP tidak langsung berkaitan politik. memang segelintir masa perhimpunan besar besaran tu ada dari pembangkang.. biasala politik ambil kesmpatan dari isu ini. sama juga kalu pembangkang berada dipihak menteri dan menteri jadi pembangkang. benda sama pasti menteri akan buat. kenapa isu seperti ini dipolitikkan oleh menteri ni. mat tak faham langsung. sepatutnbya berhadapan untuk raih sokongan kalu dah tahu BN semakin tidak mendapat tempat. bila pembangkang dah memenangi hati rakyat baru kerajaab terhegeh- hegeh berhujah, pada mas tu tak guna lgi la bang menteri..

isu ini dipolitikkan, mat sedih.. mat pun bangga kalu ada orang politk terlibat, sekurang- kurangnya menunjukkan keprihatinan mereka.. mat hampir nak kena gas pemedih mata masa perhimpuanan tu. arahan dikeluarkan bahawa perhimpuan diharamkan.. hnya boleh kumpul di masjid. tindakan macam ni tak makan saman kepada pejuang seperti mereka. semakin kasar, kasar lagi balasan akan dibuat. perhimpuanan politik pun tak boleh buat, takkan perhimpunan isu rakyat macam ni pun tak boleh buat?? apa yang boleh buat? pehimpuanan oleh kerajaan. bila di halang lepas tu tanya kenapa tidak dar dulu.

mat rasa isu ni akan dimainkan oleh pembangkang nanti kalu dah tak der isu sangat.. orang- orang kampung terutama melayu ni senang percaya pada orang. bila politik ni pusing- pusing dah menimbulkan kebencian... jadi bakal hancurla BN nanti.. mat tak yakin pakatan dapat tadbir dengan baik kalu dpat memerintah malaysia. mat pun tak yakin dengan anwar yang gila kuasa tu.. orang melayu yang lantang bidas hak melayu tuk jadi PM.. dan mat tak yakin bn akan kekal memerintah kalu pemimpin ni terlalu sombong dan tak dengar apa yang rakyat katakan. amik contoh pembangkang macam mana mereka dekati gologan muda..

mat- teringat plak camner mat dekati golongan awek ni.

No comments:

Post a Comment