Wednesday, April 22, 2009

perlu pemimpin baru? tua? atau liberal?

mat berdekah gelak bila pas bukit bintang nak ajis bertanding jawatan presiden. alasannya sebab nakkan ketua yang baru. mat sempat jumpa kawan mat ni. dia yang sibuk bercerita kat mat. mungkin ada sesuatu disebalik sokongan kepada ajis tu.

nak ketua baru? ajis dah old skool la.. itu ketua lama.. bukan ketua baru.

atau mereka tengok ajis mudah diperkotak katikkan. sebab tuan guru hadi awang lebih tegas. menyatakan sesuatu untuk kebaikan islam dan melayu sendiri.

ajis ni, senang sangat ikut telunjuk. anak buah kesayangannya jadi batu api dibelakang. untuk politik mendesak semua boleh ajis ni. Cina baca ayat al- quran dengan tunggang langgang jadi boleh untuk politik. bukit bintang ni kawasan cina. anda perasaan, TG hadi awang tak berani nak komen apa2 bila ajis dah lampu hijau boleh menggunakan ayat al- quran? ini bukan ketua baru namanya. ketua veteran yang dah nyanyok..

sedangkan kita tahu ia sesuatu yang ternyata tidak baik.. semua orang pas ortodoks ni ikut telunjuk..

sebagai presiden pas, TG hadi awang tidak banyak peranan dalam pakatan secara terang dan luas. kenapa? TG hadi awang ni tegas orang dalam hakikat islam itu.. ini baru pemimpin yang betul jalannya.

kenapa ajis yang banyak "market"nya? sebab DAP dan Juragan melayu, bang Nuar tu senang untuk mempergunakannya. itu ini, untuk politik.. ok halaaalllllllll... ditambah dengan angan2 husam nak jadi TPM kalu anwar naik. lagi la seronok mencucuk pak ajis ni.. anak murid kesayangan.. mat bagi contoh, masa pilihanraya permatang pauh dulu.. banyak pemimpin pas tidak mahu bersekongkol dengan PKR. termasuk TG hadi awang sendiri. tapi husam tentang keputusan presiden.. dicucuknya pak ajis, terus pak ajis marah.. jaid sebab itu salah satu faktor yang pas tolong PKR masa di permatang pauh. ramai orang pas yang tak suka si nuar ni.. dari ABIM, lari ke dalam UMNO, kononnya nak ubah sistem dari dalam. padahal dia pun bapak korupsi malaysia, selain mahathir. masa masuk UMNO, mat sabu la yang paling marah dan bengkek dengan anwar.

ini ker pilihan mereka? apa ni pak ajis.... fikirla sejenak.. orang semua tertipu dengan serbannya.
macam diri tu maksum plak. pak ajis nak pergi ke islam liberal... tunggu2la... nanti macam2 liberalnya pak ajis terhadap islam.

liberalnya.. untuk politik, itu ini halalallllll....

kesian tg hadi awang, tak perla.. ajis2 pun ajisla... janji pas hilang badannya diberi kepada orang lain.. yang tinggal hanya bajunya sahaja..

pemimpin baru dalam erti kata ganti boleh la.. haha... pak ajis punya seloka tuk UMNO, beri salah, tok beri kalah...

pak ajis punya seloka oleh mat..

umno dan cina setan,
pas dan cina persahabatan.

umno islam semua salah..
pasal pakatan takdak masalah..

hahaha.. mat tengah terpikir lagi ni.. kena pegi amik sastera balik ni.. seloka tak jadi..

hahaha.... tak sabar tengok pak ajis pakai blazer.

Saturday, April 18, 2009

aduyai... apa mau jadi

hohooo..

lama tak menulis.. tak berkesempatan.. mat bukanlah blogger profesional atau amatur yang menjadikan lama maya di tatapan setiap hari..

mat letih ada dengar pasal pilihanraya ni.. yang terbaru pilihanraya DUN penanti.. heeemmm..
mat tak tahu nak apa.. syndrome pilhanraya kot..

mat tgk manusia politik ni suka sangat piliharaya ni.. kejap letak jawatan.
kalu tak yakin tak payah bertanding dulu.. alih2 yang jadi mangsa adalah rakyat. pembangunan, kebajikan tak tahu kemana hilangnya.

mungkin hobi agaknya.. pakatan memang suka... tambah bang nuar tuh, boleh sebar dakyah dengan senang.. satu malaysia bakal dengar dakyah yang tak abis tuh. boleh jadi cerita lagenda dah pun..

mungkin ini rancangan masa panjang pakatan. disebabkan mereka ni hot, menang empat pilihanraya kecil jadi confidence la.. kemenanga pilihanraya kecil memmudahkan mereka bergerak dalam skop yang lebih halus. memenangi beberapa kerusi dan bakal menjadi majoriti.. lagi pula pilihanraya kecil ni senang, fokus isu dah ada.. senang nak hentam calon lain..

kalu pilihanraya umum, jenuh mengatur jadual tuk mengutuk. hahaha.. celupar gila!!

terbaru, BN mungkin tidak akan bertanding pada Penanti. hemm.. sesuatu yang mengejutkan. tapi pakatan suka. bukan sahaja mudah menang.

mereka lagi suka hentam BN nanti.. BN tak berani lawan, tak berani berjuang utk kebajikan rakyat. macam ni ker nak memerintah malaysia.. alih bn yang kena tulahnya..

benda macam ni, sampai pilihanraya umum akan datang akan dicanangkan...

lagi satu mat suka betul tgk pakatan ni menutup kesilapan sendiri.. macam diorang ni maksum. macam ajis la.. dulu provok UMNO ni setan kawan nga MCA dan MIC.. alih mereka pun lagi teruk. mat pening- pening ulama politik berlagak maksum ni.

orang islam selain PAS buat salah, mereka saja yang betul. dan membetulkan yang salah.

pakatan ni bila kalah bermacam tuduhan dikeluarkan, satu isu berkaitan dengan diorang punya orang dah bising2 tuduh itu ini.

apa ni.. bila kalah , BN punya angkara, SPR telunjuk BN dan macam lagi. isu foto elli. pakwer cengkerama yang dibela oleh ajis untuk jaga status elli tu yang sebarkan.. belum papehal dituduhnya manusia dalam BN yang buat.. bila kes di siasat..

tuuuu diaaa!!! baru kantoi pakwer sendiri yg sebarkan!!
mula silap bagi kenyataan, padahal dia sendiri tak tgk lagi gambar tuh. tak der la bogel sangat.. tapi kenyataan di keluarkan macam bogel abis.. itu maknanya, ada banyak lagi koleksi,

kita tunggu sebaran aka datang.

apa pun, tahniah sebab masuk bertugas semula. dapat bekerja dengan baik ok amoi elli..

ajis... mat tak mampu nak panggil lagi tuan guru.. haha.. mat akui, semacam tidak layak lagi. baik hadi awang lagi.. maaf tuan guru hadi awang.. mat respect dia.. tapi nak buat macam mana. jadi boneka ajis... nak kata orang lain jadi boneka kan? sendiri tengok ajis k..

bila tuan guru H.A keluar statement, abis kena sanggah dengan ajis.. mat rasa ajis ni bakal terjebak kancah politik liberal.... hahaha... mat tak heran nanti ajis hilang serban..

mat- bang nuar boleh jadi apapun...

Saturday, April 4, 2009

Generasi muda punya kekuatan.

mat lihat secara empirik dari piliharaya umum ke 12 dahulu, dan sehingga pilihanraya kecil terakhir (sebelum mat post kenyataan ni) di Kuala Terengganu. alhamdullilah mat pegi kedua2 pilihanraya kecil tersebut, di Permatang Pauh dan KT. mat ada pergi bilik gerakan BN dan Pembangkang di PP dan KT. bukan senang nak masuk sebenarnya. hanya orang tertentu sahaja yang dibenarkan. dalam tu ada "board" menunjukkan data kawasan pilihanraya mereka. tak bolehla nak cerita lanjut lagi..

mat ditanya, "salam.. hai ***** kau rasa BN boleh menang ker", mat pun selamba menjawap. aku tak rasa BN boleh menang (masa di PP la). PKR akan menang tak kurang dari 10 000 ribu. hahaha. tapi mat ditertawakan..

takperla..mungkin mat tak duduk secara langsung dalam BN atau lain2. mungkin mat tak tahu. tapi sekarang apa yang mat cakap batul. masa di KT pun mat dah jangka yang BN akan kalah di sana. dalam pilihanraya umum ke12 lalu pun allahyarham Dato' Razali Ismail, anak tempatan disitu pun hanya menewaskan mat sabu dengan majoriti kecil sahaja.

melihat dari kedua-dua keadaan semasa pilihanraya tersebut, mat rasakan BN menghadapi masalah dengan generasi muda. generasi muda ni lah mat nampak yang membantu jentera pilihanraya PR. mereka bekerja 24jam bagi memastikan semnua berjalan lancar. inilah lah yang mat lihat aset yang ada pada PR yang tidak ada BN. inilah keadaan yang mat tengok masa pergi bilik gerakan mereka. di tempat BN, anak- anak muda ni tidak ada, berbanding dengan PR.. anak muda memenuhi dan sentiasa hidup.

mat tak kata pemuda dan putri UMNO atau parti komponen tak buat begitu. tapi cara dan komitmen parti lawan lain. pemuda PR sangat ramah dan mudah didekati. tak banyak karenah. tak wujud "kelas" antara mereka. boleh bergelak ketawa bersama. tidak terlalu tinggi tahap dia. berbanding dengan Pemuda dan putri dalam BN, mereka ni status tinggi. jaga status. nak jumpa susah. tak boleh kalu ahli- ahli cakap atau bagi idea. susah nak didekati. nak jumpa pun susah. wujud kelas yang tinggi apabila driver datang jemput dan tak sempat nak bermesra. pemuda dalam PR ada yang pandu kereta sendiri. wujud kelainan bukan? kadang- kadang terpikir bagus jugak KJ menang sebab dia bagus dan mudah dekati orang muda. tapi bukan kerana "politik duitnya"

anak- anak muda ni datang sukarela, mereka anggap satu tanggungjawab memenangkan calon mereka(PR) . mat tengok dalam bilik gerakan mereka, bukan sahaja peralatan canggih, dengan data yang cukup tetapi dijalankan oleh anak mudayang berdedikasi. mereka nak menang pilihanranya.

hanya satu matlamat, iaitu hanya kemenangan. maaf la mat cakap, jentera BN bukan tak kerja sama kuat, tapi lain sikit gayanya dan caranya. kaedahnya tak sama.. banyak yang datang setakat nak tunjuk muka. tak semua sanggup nak bua kerja macam budak- budak PR. kerja jalan apabila masuk upahnya dahulu. mat tahu tak semua.. tetapi nampak jelas keadaan ini.

mat harap pemimpin BN, terutama dalam UMNO yang baru dipilih ini, fikirlah dengan serius. mereka harus mendekati muda dengan agresif lagi. mereka tak makan janji pembangunan, tak boleh digula-gula getahkan dan mereka tak peduli sejarah. mereka buat keputudan sendiri. mereka tak peduli orang lain. pengaruh internet dan cara kempen SMS menjadikan mereka hebat. mat suka datuk razlan, calon pemuda UMNO yang tak dapat pencalonan tu. mat suka idea dia. cara dia dekati orang muda. dia spatutnya layak naik. tetapi sebab menentang arus. maka terkuburla..

mat teringat apabila dulu tun tubuhkan puteri UMNO, banyak orang persoalkan logiknya. ada orang berkata, apa gunanya wanita kalu puteri ditubuhkan. mat kagum sebab tu tahu, generasi baharu ini dalam kalangan wanita tak boleh nak selari dengan makcik- makcik dalam UMNO ni. tak satu kepala kata orang.. sejarah membawa kehidupan.. jadi nilai antara mereka dah jadi berbeza..

Golonga muda cabang yang sangat penting dalam politik, jadi mat tak tahulah betapa berkesanya ia dalam UMNO. tapi yang mat pasti ia perlu diperkuatkan lagi. tak boleh ikut cara lama.. masa depan terang- terang bergantung pada mereka. tak boleh hanya bercerita sejarah penubuhan sahaja.. tak boleh menceritakan jasa yang perlu dikenang..

mat- mat masa kecik suka main pondok- pondok nga pompuan. pastu makcik datang marah..

Thursday, April 2, 2009

suda-sudah berpolitik..

mat rasa hampir setiap hari mat tengok manusia politik bertekak sesama sendiri. mat tak nak lagi bagi ungkapan macam anjing dengan kucing.. lapok dah.. tak post-modern la macam ni.. macam israel denga palestin jer. mat tengok tak ada satu pun yang kita boleh setujui. apa orang lain buat semua tak betul. apa yang kita buat semua betul. mat tak faham manusia politik macam ni. tak kira la dari mana pun. yang dalam kerajaan ( orang- orang BN) sumer rasa diorang bagus. yang dalam barisan pakatan ni pun sama gak. sumer rasa mereka ni bagus. macam nilah keadaan dunia politik negara kita sekarang. kelam kabut dan kecoh.

tak boleh ker kita bersatu hati untuk kebajikan rakyat?? politik- politik la.. apa yang rakyat minta tolong la laksanakan dengan ketepikan kepentingan politik kita. mat tahu.. memang senang untuk mat cakap suh berkerjasama.. tapi kalu manusia politik ni sedar akan tugas mereka, rasa benda kecoh- kecoh camni akan jadi ker? kalu ada kesedaran atas tanggungjawab diorang akan bertekak ker? ideologi tu simpanla masa perjuangan nak meraih sokongan. susah ker? kalu ada orang cakap perjuangan berbeza.. memang!!

memang berbeza.. tapi tak ada ker satu kata setuju untuk kebajikan rakyat? kerajaan buat untuk kebajikan rakyat dihentam oleh pembangkang. pembangkang bagi idea haram mampus tak boleh terima. mat dulu suka baca buku falsafah gak.. falsafah sekarangkan telah berkembang dari idea kepada sesuatu pragmatik.. jadi jangan ada orang kata mat terlalu idealis..

mat sedih sebab negara kita belum maju, dan lagi sedih ada orang kita nak ikut demokrasi cara barat. sedangkan kita masih belum bersedia. demokrasi cara barat sesuai untuk barat. mereka dah mencapai status negara bangsa dah lama, sedangkan malaysia belum pun lagi. mereka dah maju, kejayaan mereka boleh dibanggakan, kehidupan rakyat mereka baik dan teratur. kita masih membangun. rakyat kita ramai yang miskin.. ditambah dengan ada sekolah yang masih belum ada air paip dan elektrik.

kita nak amalkan demokrasi yang memporakperandakan kenapa? kita nak ikut negara lain tukar kerajaan macam tukar baju? thailand contohnya. kita suka ker nak tukar perdana menteri setiap tahun? macam mana pembangunan nak berjalan? tak suka kita tukar selera, macam mana hak rakyat yang memilih setiap lima tahun. nak tepi k? kita lupa apa yang diminta oleh rakyat kerana nak bercakaran jer.

mat paling sakit hati, ada antara mereka yagn cuba mula permainkan isu sensitif. nak tunjuk yang mereka ni juara bagi kaum mereka. mat lagi pelik apabila ahli politk melayu sendiri diam diri. apabila seorang ADUN berkata DEB macam dasar apartheid yang diamalkan oleh afrika selatan. mana orang melayu dalam pembangkang? mereka mengambil sikap diam dan setuju dengan kenyataan tu?

semua serba tak kena, disebabkan politik kita telan sumer apa yang orang lain buat. walaupun membabitkan bangsa melayu? sumer orang cakap sekarang tak ada lagi parti politk perkauman..
mat tak setuju.. bukan tak ada lagi.. tapi itu satu permulaan. cuba tengok, mana ahli politik selain melayu cuba bela nasib kaum melayu? sedangkan mereka tahu kenyataan orang melayu jauh ketinggalan. terutama ekonomi. kuasa politik yang diwarisi semakin berkurang akibat perpecahan. hanya orang melayu macam anwar ibrahim yang beria- ria berjuang nasib semua kaum. bagus dia ada poendekatan baru. dia bawa dimensi baru. tapi jangan apa orang lain cakap buruk pasal kita, kita telan..


mat- pikir-pikir la...