Saturday, April 4, 2009

Generasi muda punya kekuatan.

mat lihat secara empirik dari piliharaya umum ke 12 dahulu, dan sehingga pilihanraya kecil terakhir (sebelum mat post kenyataan ni) di Kuala Terengganu. alhamdullilah mat pegi kedua2 pilihanraya kecil tersebut, di Permatang Pauh dan KT. mat ada pergi bilik gerakan BN dan Pembangkang di PP dan KT. bukan senang nak masuk sebenarnya. hanya orang tertentu sahaja yang dibenarkan. dalam tu ada "board" menunjukkan data kawasan pilihanraya mereka. tak bolehla nak cerita lanjut lagi..

mat ditanya, "salam.. hai ***** kau rasa BN boleh menang ker", mat pun selamba menjawap. aku tak rasa BN boleh menang (masa di PP la). PKR akan menang tak kurang dari 10 000 ribu. hahaha. tapi mat ditertawakan..

takperla..mungkin mat tak duduk secara langsung dalam BN atau lain2. mungkin mat tak tahu. tapi sekarang apa yang mat cakap batul. masa di KT pun mat dah jangka yang BN akan kalah di sana. dalam pilihanraya umum ke12 lalu pun allahyarham Dato' Razali Ismail, anak tempatan disitu pun hanya menewaskan mat sabu dengan majoriti kecil sahaja.

melihat dari kedua-dua keadaan semasa pilihanraya tersebut, mat rasakan BN menghadapi masalah dengan generasi muda. generasi muda ni lah mat nampak yang membantu jentera pilihanraya PR. mereka bekerja 24jam bagi memastikan semnua berjalan lancar. inilah lah yang mat lihat aset yang ada pada PR yang tidak ada BN. inilah keadaan yang mat tengok masa pergi bilik gerakan mereka. di tempat BN, anak- anak muda ni tidak ada, berbanding dengan PR.. anak muda memenuhi dan sentiasa hidup.

mat tak kata pemuda dan putri UMNO atau parti komponen tak buat begitu. tapi cara dan komitmen parti lawan lain. pemuda PR sangat ramah dan mudah didekati. tak banyak karenah. tak wujud "kelas" antara mereka. boleh bergelak ketawa bersama. tidak terlalu tinggi tahap dia. berbanding dengan Pemuda dan putri dalam BN, mereka ni status tinggi. jaga status. nak jumpa susah. tak boleh kalu ahli- ahli cakap atau bagi idea. susah nak didekati. nak jumpa pun susah. wujud kelas yang tinggi apabila driver datang jemput dan tak sempat nak bermesra. pemuda dalam PR ada yang pandu kereta sendiri. wujud kelainan bukan? kadang- kadang terpikir bagus jugak KJ menang sebab dia bagus dan mudah dekati orang muda. tapi bukan kerana "politik duitnya"

anak- anak muda ni datang sukarela, mereka anggap satu tanggungjawab memenangkan calon mereka(PR) . mat tengok dalam bilik gerakan mereka, bukan sahaja peralatan canggih, dengan data yang cukup tetapi dijalankan oleh anak mudayang berdedikasi. mereka nak menang pilihanranya.

hanya satu matlamat, iaitu hanya kemenangan. maaf la mat cakap, jentera BN bukan tak kerja sama kuat, tapi lain sikit gayanya dan caranya. kaedahnya tak sama.. banyak yang datang setakat nak tunjuk muka. tak semua sanggup nak bua kerja macam budak- budak PR. kerja jalan apabila masuk upahnya dahulu. mat tahu tak semua.. tetapi nampak jelas keadaan ini.

mat harap pemimpin BN, terutama dalam UMNO yang baru dipilih ini, fikirlah dengan serius. mereka harus mendekati muda dengan agresif lagi. mereka tak makan janji pembangunan, tak boleh digula-gula getahkan dan mereka tak peduli sejarah. mereka buat keputudan sendiri. mereka tak peduli orang lain. pengaruh internet dan cara kempen SMS menjadikan mereka hebat. mat suka datuk razlan, calon pemuda UMNO yang tak dapat pencalonan tu. mat suka idea dia. cara dia dekati orang muda. dia spatutnya layak naik. tetapi sebab menentang arus. maka terkuburla..

mat teringat apabila dulu tun tubuhkan puteri UMNO, banyak orang persoalkan logiknya. ada orang berkata, apa gunanya wanita kalu puteri ditubuhkan. mat kagum sebab tu tahu, generasi baharu ini dalam kalangan wanita tak boleh nak selari dengan makcik- makcik dalam UMNO ni. tak satu kepala kata orang.. sejarah membawa kehidupan.. jadi nilai antara mereka dah jadi berbeza..

Golonga muda cabang yang sangat penting dalam politik, jadi mat tak tahulah betapa berkesanya ia dalam UMNO. tapi yang mat pasti ia perlu diperkuatkan lagi. tak boleh ikut cara lama.. masa depan terang- terang bergantung pada mereka. tak boleh hanya bercerita sejarah penubuhan sahaja.. tak boleh menceritakan jasa yang perlu dikenang..

mat- mat masa kecik suka main pondok- pondok nga pompuan. pastu makcik datang marah..

No comments:

Post a Comment