Tuesday, March 31, 2009

sultan selangor murka???

pada 6mac lalu, mat pegi ke perasmian Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz di Petaling jaya, sultan selangor murka dengan segelintir orang melayu yang bersuara lantang ini.. lantang bukan memperjuangkan kebajikan rakyat malaysia. tetapi lantang mempersoalkan kedudukan orang melayu dan raja melayu. mat terkejut bila dengar ucapan baginda.

mat sempat catitkan, baginda bertitah " yang lebih menyedihkan beta, suara lantang ini datangnya daripada orang melayu yang biadab, tidak berbudi bahasa dan tidak berasa segan atau malu"

ahahahhhaaaaaaaa.... mat nak nangis..

mat berasa sedih dan marah, memang ada dikalangan orang melayu buat macam tu, mereka dah tak tak nampak apa orang lain kata. jaguh sangat ker mereka ni? hebat sangat ker dalam memperjuangkan nasib orang melayu sendiri? golongan macam ni la yang lantang sekali mempersoalkan hak istimewa orang melayu yang dilindungi oleh perlembagaan. mat tak berani kata ini pengkhianat. nampak macam teruk. mat cuma harap golongan jenis macam ni tolongla sedar balik. sehingga institusi beraja dipolitikan. apa cerita pun mat tak tau.

baginda jga bertitah masa tu bahawa ungkapan "takkan melayu hilang di dunia" tak der maknanya lagi.. disebabkan orang melayu yang kucar- kacir sekarang. apala guna titak baginda kalau orang melayu kekal di dunia "jika orang melayu itu tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermain dan diperalatkan".

mat pelikla... takkanla sebab pengaruh globalisasi menjadikan orang melayu yang diasuh dari kecil dengan landasan adat istiadat dan sopan santun, hormat menghormati bermuafakat hilang macam tu jer. mat tak rasa hilangnya melayu di Malaysia, tetapi hilangnya melayu dalam jiwa.

tak salah mat cakap, walaupun mat tahu ada orang yang sangat marah bila mat ungkapkan ni. orang melayu dah semakin biadap kerana gilakan kuasa. dak tahu membezakan yang mana betul dan yang mana salah. orang melayu jenis ni dah mla ikut telunjuk orang lain untuk popular dan kekal kuasa. mereka ni la yang akan buat orang melayu hancur lebur dan rosakkan bangsa.

apa nak jadi dengan bangsa melayu, belum pun kuat dari semua aspek dah sombong dan angkuh dan dah mula nak tolak bangsa sendiri. masa depan nanti agak-agaknya nilai apa yang ada orang melayu sebelum ni untuk anak cucu masa depan.

mat- nilai bergotong royang pun tinggal sikit jer.

2 comments:

  1. sy rase pelik mcm mn lah ade org sggp meghina sultan??
    bahkan manusia biase lain pun kite xboleh nk hina...

    ReplyDelete
  2. tq saudari nora..biasala saudari.. mat rasa ni wujud apabila kita kemaruk kuasa. berpunca dari perlantikan dr.zambry sebgai menteri besar perak. mat tak nafikan yang sultam perak tersilap langkah apabila melucutkan jawatan ir. nizar tu. mmg tidak ada dalam bidang kuasanya.. tapi jangan sehingga isu sultan atau institusi beraja di politik kan.. tidak patutla tindakan seperti tu. mat sedih apabila ada orang cakap nak muzium saja institusi ni. nilai sejarah sudah lupus.. mat juga tak nafikan bahawa kita ni hanya perlu ikut sejarah.. zaman sekarg dah berubah. sejarah tidak ada nilai bagi sesetengah orang. tapi jangan sampai sejarah kita ditolak semua kebelakang.. itu tidak patut berlaku.

    mat- sejarah itu mengajar kira kehidupan.

    ReplyDelete